Sunday, March 30, 2008

Kedah jadi pilihan juara

(petikan dr Berita Harian 30 Mac 2008)
Selangor bertemu Kuala Muda Naza di suku akhir Piala FAJUARA Piala FA tahun lalu, Kedah berada pada landasan terbaik merangkul piala berprestij itu buat kali ketiga dan menyertai kelompok elit kejuaraan berkenaan selepas diundi bertemu dengan Melaka pada peringkat suku akhir pertama, bermula 8 Mac ini. Bagaimanapun, laluan nyata sukar buat Selangor yang sudah empat kali bergelar juara apabila terpaksa berdepan dengan pasukan Liga Perdana sedang meningkat naik, Kuala Muda Naza pada pusingan pertama dan dijangka berdepan Terengganu di separuh akhir.
Dalam undian semalam, Pahang diundi bertemu dengan Sabah manakala Terengganu bakal menerima kunjungan Felda FC - pasukan yang mencatat kejutan terbesar layak ke suku akhir Piala FA dalam musim pertama penyertaannya. Kedah - juara Piala FA 2007 dan 1996 - nyata gembira menyaksikan undian itu dalam usaha mereka sekali lagi memburu tiga kejuaraan selepas membuktikan pasukan dibarisi ramai pemain muda itu, mampu meraih tiga gelaran pada tahun lalu. Bagaimanapun, penolong pengurus Kedah, Syed Khairul Anuar Syed Abidin, berkata Kedah tetap menghormati pasukan Melaka dan menganggap pertemuan pertama di Melaka perlu ditangani dengan sebaik mungkin.
"Kejayaan melangkah ke suku akhir membuktikan mereka juga adalah pasukan yang baik. Pemain tidak boleh mengambil mudah menentang lawan kerana ia adalah saingan yang berbeza. "Berdasarkan rekod, kita hanya bermain dengan Melaka pada tahun lalu dan kami perlu merangka strategi terbaik bagi meraih kemenangan selesa di Melaka bagi memudahkan kami merencanakan pelan seterusnya dalam perlawanan kedua di gelanggang sendiri selepas itu. Bagaimanapun, Khairul tetap mengakui di atas kertas, Kedah mampu sekali lagi mara ke final kerana andai berjaya mengatasi Melaka, pasukan itu mungkin berdepan dengan pasukan Sabah atau Pahang, yang prestasi semasa mereka di peringkat liga setakat ini kelihatan tidak menentu. Undian berkenaan disiarkan secara langsung menerusi televisyen. FAM diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Azzudin Ahmad serta wakil daripada syarikat penaja kejuaraan.
Sementara itu bagi jurulatih Selangor, Dollah Salleh, bermula dengan separuh akhir ini, Selangor akan menganggap setiap perlawanan umpama perlawanan akhir terutama sewaktu berdepan dengan pasukan Kuala Muda Naza. "Memang prestasi pemain Selangor ketika ini agak memuaskan, namun kita mahu supaya pemain tidak memandang rendah terhadap kemampuan Kuala Muda Naza yang kini berada di tangga kedua Liga Perdana. Jurulatih Selangor itu menyatakan, pemain perlu memastikan mampu meraih kemenangan mutlak ketika di gelanggang lawan pada pusingan pertama bagi memastikan tugasan lebih mudah ketika di Shah Alam nanti.

No comments: