Tuesday, January 1, 2008

Kedah kecundang, Merah Kuning terus sengsara

Di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Brunei, kelab DPMM FC mengejutkan pendahulu Liga Super, Kedah, 2-0 sekali gus menyaksikan juara bertahan itu disanggah daripada kedudukan tangga teratas carta liga. Selepas babak pertama berkesudahan tanpa jaringan, DPMM FC bangkit dalam separuh masa kedua untuk menyumbatkan dua gol untuk mengecewakan Kedah yang tampil penuh bersemangat selepas kemenangan besar 6-2 ke atas Selangor minggu lalu.

No comments: